Ahad, 30 Disember 2018

KEBUN TEBU GENG KULAI

assalamualaikum sahabat pembaca sekelian..disini aku ingin kongsikan pengalaman aku dan beberapa sahabat aku dalam pengusahaan tebu telur. Ni bukan tebu telur yang orang buat sayur masak lemak tu tau..tapi tebu telur yang dorang dok sibuk perah buat air tu.. uiit memang sedap dan manis air tebu ni lebih lebih lagi time panas terik..huhh pekena air tebu ni memang satu nikmat. Memang tak boleh nak Brain la...sedap boy. Heaven!!

Alkisahnya kami 4 sekawan Aku Jep, Joe, Wai dan Ai bersahabat sejak sekolah lagi. Tapi yang Ai ni aku tolak tepi la..cerita tentang dia aku stop. Jadi tinggal 3 sekawan la. Kami semua memangla ada kerjaya masing-masing. Aku dan Joe adalah bertugas sebagi Pegawai Kerajaan manakala Wai adalah seorang bisnesman., dia adalah pomen yang hebat dan tersohor di Kulaijaya..hahha kasi up skit. Dalam grup ni kami telah invite Skal adik kepada Joe untuk join. Baru best ada 4 sekawan semula. Kami ni terfikir nak menanam tebu ni setelah membuat kajian dengan terprinci tanaman apakah yang berpotensi untuk diusahakan. Pertanian ni memang minat kami. Maka keputusan telah dibuat Tebu lah menjadi pilihan.

SELAGI ADA KELAHIRAN SELAGI ITULAH ADA PERNIAGAAN TEBU

Maka pada awal bulan November 2018 perancangan yang telah kami buat mula terlaksana. Cerita selanjutnya kan aku sambung nanti. Tunggu...

Kami membuat site visit ke tapak lokasi yang akan kami menanam tebu. Asal kebun sawit seluas 6 ekar. 



Operasi Memagar Kebun Tebu

Assalamualaikum wbr gais semua.. Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam blog aku ni. Lama sudah aku tak update, maklumlah bizi sangat denga...