Khamis, 10 Januari 2019

Kerja2 Menggali Parit Tanam Tebu

Bismillahirahmanirrahim..
Maka telah bermula la kerja2 mengali parit atau aku sebut longkang untuk meletakkan benih tebu nanti. Sebenarnya banyak cara atau versi untuk menanam tebu ni, ada yang mengali lobang, ada yang meggunakan batas..tapi aku lebih selesa menggunakan longkang sebab ianya lagi mudah dan senang untuk kita mengolah nanti. Ini disebabkan apabila tunas tebu mula membesar sedikit demi sedikit tanah akan kita timbus di pangkal pokok nanti. Tak pelah itu kemudian cerita. Sekarang ni aku dah dapat mencari pilot excavator untuk meggali parit ni. Aku lebih suka guna excavator dari back hoe kerana excavator ni buat kerja lebih kemas berbanding backhoe. Aku guan mini excavator kepunyaan budak bernama Am. Yeah...deal punya deal dia bagi lumsum buat semua RM4200..kira ok la aku joe wai dan skal setuju on je la...sebab nak cepat. Maka bermula la kerja2 Am menggali parit.

Joe sedang deal dgn Am susunatur parit
Seawal 8.00 pagi si Am menjalankan tugasnya dgn cemerlang. Kemas juga kerja dia ni. Aku puashati juga. Proses membuat parit ni aku putuskan lebar dalam 2kaki.Bermakna si Am ni kena guna bucket 2 kaki. Manaka kedalaman parit lebih kurang 1 kaki hingga 1.5 kaki. Jarak antara parit aku pilih 6 kaki supaya senang nak buat kerja2 meracun dan membuang daun kering nanti.


Contoh parit yang digali L 2' D 1.5"
Am terus menjalankan kerja2nya dengan tekun. Bayangkan berapa banyak nak menggali longkang. Kalau aku jemu tu...hehhe dah memang kerja dia.

Hensem sedang menggali parit
Begitulah contoh parit yang perlu digali untuk menanam tebu..nanti korang boleh jadikan contoh untuk projek korang. Kat sini aku nak bagitaw tanah kebun kitorang ni jenis gambut camput liat sikit. so warna tanah agak gelap skit dan berakar. namun itu tak jadi masalah pun. Ph tanah sekitar 5.5 hingga 6.5 jadi sesuailah kiranya. Tebu bak kata org tanaman yang lasak. Ape de hal boy. Boleh Brain tak korang...ok bye nti kita sambung bila benih tebu sampai.

#jepjoewaiskal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Operasi Memagar Kebun Tebu

Assalamualaikum wbr gais semua.. Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam blog aku ni. Lama sudah aku tak update, maklumlah bizi sangat denga...