Khamis, 24 Januari 2019

Meracun Anai-Anai Selepas Aktiviti Menanam

Assalam...hai gais. Hardcore Tebu semua!!!

Kalau korang nak tahu meracun ni sangat penting dalam penanaman tebu..lebih2 lagi jika korang tanam tebu jenis telor ni. Serangga perosak sangatlah gemar. Ini berbanding tebu jenis lain macam tebu kampung agak lasak..serangga pun kurang minat. Tebu telor ni masyaAllah pantang lambat meracun pasti temui serangga perosak menoda batang2 tebu tu. Kata otai2 kalau setakat semut ni 1 kilometer semut ni dah berbau tebu..apalagi konboi la dorg rerami ke kebun tebu...huhuhu tak leh brain aku.

Kalau korang nak tahu meracun ni kena banyak jenis supaya serangga2 ni tak imun pada 1 jenis racun je. Yang ni aku nak bagi tau korang. Sangat2 penting. Ingat!@!!! sangat penting. jangan sesekali korang guna racun FURADAN!!! AWAS!!! racun ni sangat bahaya. Memang la sekali guna je dah berkesan tapi kesan jika kita makan sayur atau buah yang telah digunakan Furadan akan tinggal kesan dalam badan jangka masa panjang. Ini amat bahaya. Penyebab Kanser utama. Terdapat juga segelintir petani atau pekebun menggunakan racun ini..lebih2 lagi sebelah siam tu hah. Kita tebgok bukan main cantik lagi buah2nya..bersih licin tak pernah disentuh ulat..tapi hah kau makan bakal menempah maut dalam 10 tahun. Lagi2 yang belom kawin memang mandol lah ko..hehhee. Siyes!!

Kali ni pula aku nak cerita pasal aktiviti meracun anai2. Tebu ni semua serangga suka, anai2 ni kat bawah tanah tu memang pantang jumpa pangkal tebu dorang buat rumah la sambil menghisap batang tebu. Jadi kenalah menyembur racun anai2 selepas aktiviti menanam tebu. Racun yang aku beli harga RM55.00 namun ada pelbagai jenis racun anai2 ni dan berbagai harga ikut kualiti. Aku beli yang macam dalam gambar tu.  Meracun ni bukan sekali je tau..paling2 tak 2 kali sebulan untuk anai2 ni. Meracun hanya di pangkal batang tebu je..bukan keseluruhan. Jadi setelah aku tanam maka tibalah aku nak meracun. Korang tengoklah sendiri gambar tu bro wai sedang meracun. Teknik meracun kenalah pandai juga ye jangan sembarang nanti tertelan racun ko. Perlu diingatkan bahawa racun anai2 ni sangatlah bahaya gais..kenalah safety first. Glove dan mask jangan lupa pakai. Karang dah termasuk kat paru2 nanya ko. Ingat Safty First.

Bro Wai sedang meracun anai2



Inilah jenis racun anai2 yang aku gunakan


Kebun Tebu Diserang Sang Monyet

Assalamualikum sahabat2 geng toobu..hehhe
Bismillahirrahmanirrahim...amma bakdu..sesungguhnya baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahnnya..pagi2 kami semangat sangat nak turun kebun..fuhhsiap bawak sarapan lagi..maklumlah org2 rumah tengah rajin gitu...tak bleh brain.

Seawal 6.30 pagi aku dan geng menuju ke kebun..sampai je kat kebun terus laju kitorg salin pakaian kebun dan meninjau kawasan tanaman benih tebu pada minggu lepas..huhu alangkah terperanjatnya kitorg tengok habis hampir sebahagian dari tanaman keratan tebu kitorg dimakan oleh sang monyet..

Jangan monyet...jangan...hahha nak juga...aduh lemah rasanya kaki ini..setelah berpenat lelah menanam hasilnya dikerjakan monyet...aduhh monyet jangan macamni penat laaa..huahuahua meraung lah..apa pun ini la asam garam sebagai petani..aku tak salahkan monyet sebab dorang tu haiwan..dan memang perangai monyet tu macam monyet. Kalau makan sahaja tak mengapa ni siap rosak2kan lagi. Aku redha...move on.

Ada orang tua2 pesan monyet jangan dimarah nanti dorang langi ganas.  so aku diam je la sambil menangis hahhah tak leh brain. Jadi kitorang cuba buat semaian semual benih2 yang telah dirisakkan oleh monyet..rugi gak lahh..beli tu benih..apa pun redha.. harap2 jangan la sang monyet kacau lagi.. tolong ye nyet..

Dah tu ada ke sape2 nak kasi petua halau monyet? tapi kalau setakat patung rimau korang letak kat situ mmg kena ketawakan je la dgn monyet and gang. Macam2 aku dengar ada yang suruh letak gel kerimo la..pun tak jalan. Letak orang2 hahha lagi sendu je monyet..gantung CD pun tak berkesan. Sampai ada yang suruh pergi zoo mintak taik rimau dan tabur dekat kebun supaya monyet takut..hah yang tu aku blom boleh brain lagi..tapi boleh cuba..ada posible juga. Sape leh carikan aku tahi rimau ni...hahha tolong!!!!

Apa pun petua kita boleh cuba yang penting usaha..bagi aku yang paling efektif adalah bela anjing kat kebun..hehhe nak try gak ni. Tengok camne nanti.


Inilah keadaan anak tebu yang mula tumbuh
setelah 2 minggu. Cunnn

Inilah keadaan benih tebu yang dikerjakan oleh si monyet



Semangat kena kental jadi aku and gang membuat kerja2 menyulam benih2 yang rosak kepada benih baru. Bekalan benih tebu yang baru kitorang beli dari seorang pekebun tebu Kampung Oren. Ok alhamdulillah benih tebunya sangat berpuashati. Mata tunas tak kurang dari 4 tunas. Kira ok la tu cun. Fresh lagi nampak keratan tebunya. Jadi kitorang teruskan aktiviti menyulam.

Beginilah keadaan keratan tebu yang masih segar
dan kelihatan mata tunas yang masih baik



Keratan yang masih segar



Jadi gais semua kalau nak beli keratan benih pastikan keadaan yang masih baik dan segar. Pastikan juga mata tunas yang masih baru. Sekurang2nya mempunyai 4 mata tunas. Sekian..chau dulu boi!!




Sabtu, 12 Januari 2019

Air Tebu Berkhasiat

Assalamualaikum wbt gais semua. Tebu Worrior sekelian. Hari ini Geng Kulai akan menceritakan kahsiat minum air tebu ni. Selain rasa nya yang sangat heaven hingga tak boleh brain air tebu ni memang penuh dengan kebaikan. Sebelum aku bercerita pasal teknik meracun dan membaja aku nak santai stori pasal keunikan air tebu ni. Siyes aku sangat teruja.Siapa yang tak suka dengan  rasa manis alami yang berasal dari tebu? Selain rasanya yang nikmat, tanaman yang menjadi bahan  gula ini ternyata juga memiliki khasiat bagi kesihatan tubuh. Berikut ini beberapa khasiat tebu untuk kesihatan:


1. Mencegah stroke

Biasanya mengamalkan minum air tebu dapat membantu metabolisme tubuh akibat keluarnya cairan tubuh ketika beraktiviti lasak atau bersukan. Bonusnya, korang akan terhindar dari serangan stroke. Insya Allah.


2. Menguatkan gusi dan gigi

Cairan dengan rasa manis dari tebu ini juga dapat membantu gigi dan gusi korang menjadi kuat & sehat. Campurlah air tebu dengan garam dan air perahan limau nipis untuk mendapatkan hasil yang maksima.


3. Mengatasi hidung berdarah

Air tebu juga boleh mengatasi pendarahan pada lubang hidung akibat panas badan. Caranya, potong bagian paling ujung tebu lalu rebus dengan air secukupnya. Campur  dengan gula jawa yang telah dicairkan dan sedikit garam. Tapis air tadi jika sudah sejuk suhu bilik dan minum.


4. Mengatasi masuk angin badan

Untuk mengatasi masuk angin korang boleh la merebus tiga helai daun tebu hingga mendidih. Jika sudah sejuk terus minum . Kalau boleh mimun 3 kali sehari berulang2.


5. Melawan kanser buah dada

Tebu memiliki kandungan zat yang bersifat alkali. Zat ini boleh membantu mengatasi kanser buah dada dan prostat.Untuk mendapatkan hasil yang lebih bsik minumlah air tebu secara teratur. Insya Allah.


6. Bagus juga untuk yang mengidapi kencing manis

Walau pun rasanya manis, air tebu mengandung gula alami yang baik untuk penderita kencing manis. Air tebu juga dapat dijadikan alternatif untuk mengganti  gula merah dan pemanis buatan lainnya. Selain itu, jus tebu juga dapat menyeimbangkan kadar glukosa darah.


7. Menyembuhkan pening2 dan sakit tekak

Air tebu juga boleh membantu menyembuhkan radang tekak,sesema, dan pening2.

hah gitu la lebih kurang tentang kebaikan air tebu. Dah la sedap tak bleh brain pastu banyak kebaikan yang kita tidak taw. Ape lagi kerap2 la minum air tebu ni.

#joejepwaiskalgengkulai

heaven sampai tak bley brain



Jumaat, 11 Januari 2019

Operasi Menanam Keratan Tebu Telor

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera wahai penggemar2 tebu..hardcore2 tebu..worrior tebu. Masa ni la telah tiba untuk aku dan Geng Tebu Kulai mulakan operasi menanam. Tanah telah dibersihkan..longkang dah gali dan masa operasi akan bermula. Biasanya sebelum menanam tanah kena sembur racun anai2 dulu..tapi aku akan tanam dulu baru la meracun anai2. Meracun ni sangat penting bagi mengelakkan tebu kita dimakan anasir2 tak diundang..lebih2 lagi cik anai2 tu..

Tunggu punya tunggu berpeluh la nak sampai benih tebu ni..untuk pengetahuan korang benih tebu ni aku dan geng telah order dari seorang pembekal benih dari Air Hitam, Batu Pahat. Kalau tak silap aku nama kampungnya Tanjung Sembrong. Benih yang aku oder anggaran dalam 30,000 keratan..tp permulaan ni turun 5,000 keratan dulu..banyak2 nanti kang tak tertanam . Jadi step by step la kita beroperasi. Korang nak tahu tak berapa harga sebatang saiz 1kaki keratan tu? perit gak harganya tak bleh Brain aku..hah amek ko 33 sen sebatang...tu tak termasuk transport lg. Bayangkan la kalau 30,000. Ape pun itula harga yang termurah aku sebey. Tempat lain rata2 50 sen sebatang..nak wat camne telan je la. Maka masa yang ditunggu telah tiba..sampai ko benih tebu. Hepi...hepi.

Ini dia lori yang membawa 5000 benih tebu


Setelah turunkan benih kitorang oun memeriksa la keadaan benih2 tu..peh tak leh brain la..benih yang dorang hantar dah layu...camne ni??? janji nak bagi yang segar2 bagus2 tapi bila sampai lagu ni plak..aku dah mula nak marah ni..huh. setahu aku la keratan tebu ni yang bagus kalau nak tanam paling tidak pun jangan lebih seminggu la tersimpan. Ni aku tengok cam dah sebulan punya benih. Kalu hidup tumbuh pun 5050 la..cam ni ke nama niaga orang melayu islam. Marah sangat aku..huhu. Berniaga biarlah jujur. kalau korang tak caya hah ni aku tunjukkan gambar keadaan tebunya. Anggaran dalam 50% busuk dan 50% lagi dah layu. Try korang tengok!!!

Benih tebu yang dah layu walau ada tunas tapi dah agak kering


Korang tengok agak2 bleh tumbuh lagi tak
Hah korang dah tengok kan agak2 korang patut ke? tapi takpe ar ni jadi pengajaran bagi kami dan pengalaman ini juga menjadi pembelajaran kat korang juga yang berjahat nak menanam tebu apabila deal kena hati2. Setelah kitorang berbincang kami redha jadi kami terima sahaja..kesin lak kt budak yang menghantar tu..ok gais masa mula nenanam.

Tengok tu abg wai kita gagah perkasa..berat tu taw
Kitorang mulakan penanaman keratan tebu ni dengan meletakkan sebanyak 3 batang tersusun dalam parit denga jarak setiap batang 3 kaki. Ini kitorang buat supaya nanti bila nak meracun dan membaja mahu pun harves dapat membuat kerja dengan mudah. Nampak cm senang tapi masya Allah letih gak sakit pinggang ni. Lg2 la tengah panas terik ni...adui Allah aje yang tahu. Gini tupanya penat lelah seorang petani..huhuhu demi sesuap nasi. Kitarorg kena habiskan juga dalam masa sehari untuk tanam 5,000 benih sebab keadaan benih yang dah tak berapa nak bertahan lagi. Kitaorang cuba sedaya upaya.

Skal tekun menam tebu

Wai yang gigih

Jo menjalankan kerja2 penanaman tebu

Kalau korang nak tahu susunan tebu ni ikut suka korang la tak semestinya cam yang kitorang buat. Susun lintang pukang pun tetap dia tumbuh asal benih tu yang baik la. Korang nak letak 3 batang ke 4 batang ke 10 batang ke tak kisah tapi bila besar nanti kena tinggalkan lebih kurang 10 hingga 12 batang sahaja tebunya supaya tumbesaranya cantik dan gebu. Tebu yang Gebu..hehhe tak leh brain aku.

Dalam cerita ni aku bukan tak bekerja keras menanam tapi bila aku dah ambil gambar sape plak nak ambil gambar aku...ye yak...huhu.

Macam ni la susunan nya yang aku rasa lebih efektif

Setelah tengah hari hampir setengah siap ditanam..matahri tegak terpacak atas kepala..rehat dulu..lepak dan makan. wuiit heaven..makan kat bawah pokok kelapa sawit. Jadi gitu la serba sedikit upacara menanam tebu. Harap jadi sedikit pengajaran kat korang yang nak menceburkan diri dalam industri tebu telor ni. Next kita akan berbicara pula pasal operasi meracun serangga dan membaja. Ok gais chau dulu..jumpa next..

#joejepwaiskal

Khamis, 10 Januari 2019

Kerja2 Menggali Parit Tanam Tebu

Bismillahirahmanirrahim..
Maka telah bermula la kerja2 mengali parit atau aku sebut longkang untuk meletakkan benih tebu nanti. Sebenarnya banyak cara atau versi untuk menanam tebu ni, ada yang mengali lobang, ada yang meggunakan batas..tapi aku lebih selesa menggunakan longkang sebab ianya lagi mudah dan senang untuk kita mengolah nanti. Ini disebabkan apabila tunas tebu mula membesar sedikit demi sedikit tanah akan kita timbus di pangkal pokok nanti. Tak pelah itu kemudian cerita. Sekarang ni aku dah dapat mencari pilot excavator untuk meggali parit ni. Aku lebih suka guna excavator dari back hoe kerana excavator ni buat kerja lebih kemas berbanding backhoe. Aku guan mini excavator kepunyaan budak bernama Am. Yeah...deal punya deal dia bagi lumsum buat semua RM4200..kira ok la aku joe wai dan skal setuju on je la...sebab nak cepat. Maka bermula la kerja2 Am menggali parit.

Joe sedang deal dgn Am susunatur parit
Seawal 8.00 pagi si Am menjalankan tugasnya dgn cemerlang. Kemas juga kerja dia ni. Aku puashati juga. Proses membuat parit ni aku putuskan lebar dalam 2kaki.Bermakna si Am ni kena guna bucket 2 kaki. Manaka kedalaman parit lebih kurang 1 kaki hingga 1.5 kaki. Jarak antara parit aku pilih 6 kaki supaya senang nak buat kerja2 meracun dan membuang daun kering nanti.


Contoh parit yang digali L 2' D 1.5"
Am terus menjalankan kerja2nya dengan tekun. Bayangkan berapa banyak nak menggali longkang. Kalau aku jemu tu...hehhe dah memang kerja dia.

Hensem sedang menggali parit
Begitulah contoh parit yang perlu digali untuk menanam tebu..nanti korang boleh jadikan contoh untuk projek korang. Kat sini aku nak bagitaw tanah kebun kitorang ni jenis gambut camput liat sikit. so warna tanah agak gelap skit dan berakar. namun itu tak jadi masalah pun. Ph tanah sekitar 5.5 hingga 6.5 jadi sesuailah kiranya. Tebu bak kata org tanaman yang lasak. Ape de hal boy. Boleh Brain tak korang...ok bye nti kita sambung bila benih tebu sampai.

#jepjoewaiskal

Jenis Jenis Tebu Yang Sesuai Untuk Perahan Air

Assalamualaikum wbt.
 Ok semua sebelum aku nak mulakan cerita pasal menggali parit untuk tanaman tebu kat kebun aku Geng Kulai..sini aku nak celoteh sikit pasal tebu ni. Kalau kita tahu la kat Mesia ni byk jenis tebu yang kita nampak orang tanam. Tebu kan senang tanam org kata campak pun tumbuh la...hahha betol ke? memang betol pun..tapi bila kita nk buat komersil cmne pun tetap kena ikut SOP nye. Sebab banyak perkara yang kita kena ambil kira contohya serangan penyakit, serangan maling, serangan haiwan perosak cam vavi, gajah dan laian2la. Korang pikir sendiri. Kalau korang tanam sikit mmg la ok dan senang tapi bila banyak berpuluh ekar lain pula kaedahya.

Okla dah jauh aku melalut..

Kita sambung cerita pasal jenis tebu . Selain tebu telor yang glemer tu ada juga tebu hitam dan merah
antaranya Tebu Ragnar.
Tebu ni tersangatlah manisnya ngalahkan madu. Serius beb. Warna air hijau pekat dan berbau harum urmmmm wangi tebu. Daun menegak keras tapi tebunya ok gak tak terlalu keras untuk dimesin. Jadi mesin boleh bertahan lama. Keseluruhanya tebu ragnar ni diluluskan untuk tanaman bagi mendapatkan airnya. Lulus untuk komersil.


Tebu Ragnar
Tebu Madu
Tebu madu juga mempunyai bau yang sangaaaat la harum. Daunya melentur ke bawah. Bila diperah warna airnya hijau muda. Rasa air tak la terlalu manis tapi boleh la okok gak. Buku ruasnya agak tebal dan batang tersangatlah keraaaassssh. Sekali masuk mesin ada harapan ganti baru. Tebu Madu aku tak rekemen nak tanam untuk komersil. Tak ade orang nak beli. Gagal untuk komersil

Tebu Madu
Tebu Serai
Tebu Serai batangnya agak keras juga tapi mempunyai ruas yang panjang. daun melentur ke bawah dan warna air kurang menarik bila diperah. Warna seakan air KETOM. Tak berapa manis dan ada kelat sikit. kalu nak buat jualan air balang memang tak sesuei. aku tak rekemen untuk tanaman komersil. GAGAL.

Tebu Serai (GAGAL)

Tebu Kapor
Tebu Kapor ok bukan Rajja Kapor tau..tebu ni mempunyai batang yang agak lembut seakan tebu telor juga. Ruasnya panjang ok best. Daun menegak dan air nya bewarna sangat cantik Dark Green. Pehhhh woow bes. Airnya huhuu Massya Allah sedapnya manis kelenting..puas bila minum. Kekadang kena tambah air kosong sebab terlalu manis. Sampai ada orang cakap yang jual air air tebu jenis ni dorang tambah gula..ini fitnah semata2. Fitnah masuk neraka taw..hehhhe. memang manis tanpa gula pun. Baunya pun harum wangi. Tebu ini sangat sesuai untuk komersil bagi mendapatkan airnya. Selain tebu telor tebu ni sangat sesuai. LULUS tebu ni.


Tebu Kapor yang LULUS

Begitulah sedikit sebanyak info yang dapat aku dan rakan2 kongsikan untuk korang yang nak komersilkan tebu ni. Moga manfaat untuk korang. Doakan aku dan rakan2 Geng Kulai sukses dalam budidaya tebu ni. "SELAGI ADA KELAHIRAN SELAGI ITUN TEBU DIPERLUKAN"
AAAAmin. Wasalam.

Ok korang cuba teka antara ketiga2 air tebu ni yang mana Ragnar, Kapor & Madu


Lepas ni kita sambung cerita pasal gali parit untuk menanam tebu..byee

#Jep, Joe, Wai, Skal

Isnin, 7 Januari 2019

Bermulanya Kerja-Kerja Pembersihan

Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim...kita tengok gambar dulu...hiihi
Perbincangan dengan pilot excavator ijal. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim maka kerja-kerja penebangan sawit pun bermula. Kami telah menyewa Excavator dari seorang kontraktor melayu untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan kebun sawit ni. Setelah dipersetujui kos untuk membersih sahaja RM2000/ ekar. ini bermakna kos yang akan kami bayar sekitar RM12,000 setelah di less huhuuu.Itulah yang paling murah kami dapat. Agak terkesima juga kami sebab banyak halangan yang kami tempuh, nak melayan kerenah kontraktor ni memang membosankan. Macam2 hal..jentera rosak la...kabel putusla...banjirla...ape pun kami tabahkan hati sebab kami tahu kami akan game dalam usaha tebu ini.

Excavator sedang menjalankan kerja pembersihan pokok sawit

Bukan ini sahaja..tungguuu..lepas ni kerja-kerja menggali parit pula untuk semaian benih tebu.

Inilah rupa kebun sawit yang telah siap dibersihkan

Operasi Memagar Kebun Tebu

Assalamualaikum wbr gais semua.. Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam blog aku ni. Lama sudah aku tak update, maklumlah bizi sangat denga...