Bismillahirrahmanirrahim...kita tengok gambar dulu...hiihi
Perbincangan dengan pilot excavator ijal. |
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim maka kerja-kerja penebangan sawit pun bermula. Kami telah menyewa Excavator dari seorang kontraktor melayu untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan kebun sawit ni. Setelah dipersetujui kos untuk membersih sahaja RM2000/ ekar. ini bermakna kos yang akan kami bayar sekitar RM12,000 setelah di less huhuuu.Itulah yang paling murah kami dapat. Agak terkesima juga kami sebab banyak halangan yang kami tempuh, nak melayan kerenah kontraktor ni memang membosankan. Macam2 hal..jentera rosak la...kabel putusla...banjirla...ape pun kami tabahkan hati sebab kami tahu kami akan game dalam usaha tebu ini.
Excavator sedang menjalankan kerja pembersihan pokok sawit |
Bukan ini sahaja..tungguuu..lepas ni kerja-kerja menggali parit pula untuk semaian benih tebu.
Inilah rupa kebun sawit yang telah siap dibersihkan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan