Jumaat, 11 Januari 2019

Operasi Menanam Keratan Tebu Telor

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera wahai penggemar2 tebu..hardcore2 tebu..worrior tebu. Masa ni la telah tiba untuk aku dan Geng Tebu Kulai mulakan operasi menanam. Tanah telah dibersihkan..longkang dah gali dan masa operasi akan bermula. Biasanya sebelum menanam tanah kena sembur racun anai2 dulu..tapi aku akan tanam dulu baru la meracun anai2. Meracun ni sangat penting bagi mengelakkan tebu kita dimakan anasir2 tak diundang..lebih2 lagi cik anai2 tu..

Tunggu punya tunggu berpeluh la nak sampai benih tebu ni..untuk pengetahuan korang benih tebu ni aku dan geng telah order dari seorang pembekal benih dari Air Hitam, Batu Pahat. Kalau tak silap aku nama kampungnya Tanjung Sembrong. Benih yang aku oder anggaran dalam 30,000 keratan..tp permulaan ni turun 5,000 keratan dulu..banyak2 nanti kang tak tertanam . Jadi step by step la kita beroperasi. Korang nak tahu tak berapa harga sebatang saiz 1kaki keratan tu? perit gak harganya tak bleh Brain aku..hah amek ko 33 sen sebatang...tu tak termasuk transport lg. Bayangkan la kalau 30,000. Ape pun itula harga yang termurah aku sebey. Tempat lain rata2 50 sen sebatang..nak wat camne telan je la. Maka masa yang ditunggu telah tiba..sampai ko benih tebu. Hepi...hepi.

Ini dia lori yang membawa 5000 benih tebu


Setelah turunkan benih kitorang oun memeriksa la keadaan benih2 tu..peh tak leh brain la..benih yang dorang hantar dah layu...camne ni??? janji nak bagi yang segar2 bagus2 tapi bila sampai lagu ni plak..aku dah mula nak marah ni..huh. setahu aku la keratan tebu ni yang bagus kalau nak tanam paling tidak pun jangan lebih seminggu la tersimpan. Ni aku tengok cam dah sebulan punya benih. Kalu hidup tumbuh pun 5050 la..cam ni ke nama niaga orang melayu islam. Marah sangat aku..huhu. Berniaga biarlah jujur. kalau korang tak caya hah ni aku tunjukkan gambar keadaan tebunya. Anggaran dalam 50% busuk dan 50% lagi dah layu. Try korang tengok!!!

Benih tebu yang dah layu walau ada tunas tapi dah agak kering


Korang tengok agak2 bleh tumbuh lagi tak
Hah korang dah tengok kan agak2 korang patut ke? tapi takpe ar ni jadi pengajaran bagi kami dan pengalaman ini juga menjadi pembelajaran kat korang juga yang berjahat nak menanam tebu apabila deal kena hati2. Setelah kitorang berbincang kami redha jadi kami terima sahaja..kesin lak kt budak yang menghantar tu..ok gais masa mula nenanam.

Tengok tu abg wai kita gagah perkasa..berat tu taw
Kitorang mulakan penanaman keratan tebu ni dengan meletakkan sebanyak 3 batang tersusun dalam parit denga jarak setiap batang 3 kaki. Ini kitorang buat supaya nanti bila nak meracun dan membaja mahu pun harves dapat membuat kerja dengan mudah. Nampak cm senang tapi masya Allah letih gak sakit pinggang ni. Lg2 la tengah panas terik ni...adui Allah aje yang tahu. Gini tupanya penat lelah seorang petani..huhuhu demi sesuap nasi. Kitarorg kena habiskan juga dalam masa sehari untuk tanam 5,000 benih sebab keadaan benih yang dah tak berapa nak bertahan lagi. Kitaorang cuba sedaya upaya.

Skal tekun menam tebu

Wai yang gigih

Jo menjalankan kerja2 penanaman tebu

Kalau korang nak tahu susunan tebu ni ikut suka korang la tak semestinya cam yang kitorang buat. Susun lintang pukang pun tetap dia tumbuh asal benih tu yang baik la. Korang nak letak 3 batang ke 4 batang ke 10 batang ke tak kisah tapi bila besar nanti kena tinggalkan lebih kurang 10 hingga 12 batang sahaja tebunya supaya tumbesaranya cantik dan gebu. Tebu yang Gebu..hehhe tak leh brain aku.

Dalam cerita ni aku bukan tak bekerja keras menanam tapi bila aku dah ambil gambar sape plak nak ambil gambar aku...ye yak...huhu.

Macam ni la susunan nya yang aku rasa lebih efektif

Setelah tengah hari hampir setengah siap ditanam..matahri tegak terpacak atas kepala..rehat dulu..lepak dan makan. wuiit heaven..makan kat bawah pokok kelapa sawit. Jadi gitu la serba sedikit upacara menanam tebu. Harap jadi sedikit pengajaran kat korang yang nak menceburkan diri dalam industri tebu telor ni. Next kita akan berbicara pula pasal operasi meracun serangga dan membaja. Ok gais chau dulu..jumpa next..

#joejepwaiskal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Operasi Memagar Kebun Tebu

Assalamualaikum wbr gais semua.. Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam blog aku ni. Lama sudah aku tak update, maklumlah bizi sangat denga...